Sabtu, 19 Mei 2012

Kalau itu Takdirnya

Sejuk terkejut kelu, itulah yang aku rasakan bila dia cakap taknak jumpa aku lagi dan menukar status fb ke single.
Tapi apakah daya kalau itu dah ketentuan ilahi aku terima,walau berat hati ini nak aku lepaskannya sebab perasaan sayang masih kuat didalam hati ini.

Dugaan datang dan pergi, dan aku berdoa sentiasa agar Allah beri aku kekuatan,semangat serta idea yang baik  agar dapat aku menerima segala cabaran yang DIA berikan pada hamba-NYA ini.

Cuma kini aku perlu lebih kuat kerana ia melibatkan perasaan,perasaan yang aku sendiri tak dapat nak bendung. Perasaan sayang dan cinta pada seseorang. Bak bait lagu yang berbunyi "bila hati sudah sayang,aku jadi gila bayang" . Begitulah yang terjadi padaku. Tetapi itu semua dulu sebelum berlaku salah faham antara kami berdua. Salah faham yang berpunca dari aku sendiri yang terlalu kerap mengabaikan dan mengecewakan dia. Silap aku juga. Ungkapan maaf pada ketika itu lansung tidak membawa apa-apa erti lagi yang ada hanya kebencian dan kemarahan yang berbekas di hati dia.

Aku cuba untuk berjumpa dengannya untuk memberi hadiah sebagai tanda aku ingin meminta maaf tetapi ditolak serta diberi peringatan yang dia tidak sudi untuk berjumpa dengan aku lagi.

Sebak hati ini,bila aku rindukan dia aku lihat kembali gambarnya,kenang kembali saat dengannya sehingga aku tertawa dan senyum sendiri kerana bila bersamanya tiada duka. Kadang kala aku pasang kembali rakaman suara dia yang dia beri padaku sebagai penggubat rindu. Pernah ketika aku terlalu rindukan dia aku pergi ke tempat dia dan lihat dia dari jauh,bagiku itu sudah memadai kerana aku tahu dia gembira dan sihat.

Aku harap dan berdoa supaya dia boleh memaafkan aku kembali dan menerima aku semula dalam hidupnya. Tiada apa yang lebih menggembirakan bila dapat melihat dia kembali senyum padaku seperti hari pertama kita berjumpa.